KUALA LUMPUR: Garis Panduan Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) sedang dalam peringkat akhir pindaan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata pindaan garis panduan Puspal itu antara lain turut mengambil kira pengurusan isu-isu semasa seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), isu raja, kaum dan agama (3R) serta lain-lain.
"Dengan penambahbaikan garis panduan Puspal ini diharapkan kawalan ke atas elemen-elemen negatif yang dinyatakan dapat dipertingkatkan dan seterusnya dapat dinoktahkan," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara pada Selasa.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Musoddak Ahmad yang ingin tahu pendirian kerajaan berhubung cadangan penambahbaikan garis panduan hiburan yang ditetapkan, bagi memastikan tiada artis barat berlatarbelakangkan ideologi LGBTQ dibenarkan membuat persembahan di dalam negara.
Mengulas lanjut Nie Ching berkata Jawatankuasa Puspal terdiri daripada 16 keanggotaan membabitkan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan termasuklah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Beliau berkata peranan Jakim dalam Jawatankuasa Puspal adalah untuk memberi pandangan dan nasihat dari aspek sensitiviti agama dan umat Islam di Malaysia.
"Sebarang dapatan yang menyentuh isu sensitif seperti dasar negara, keselamatan, keagamaan, perkauman dan kebudayaan serta memudaratkan kepentingan awam akan dibincangkan secara menyeluruh di Mesyuarat Jawatankuasa Puspal sebelum sesuatu keputusan dibuat.
"Maknanya, itu bukan suatu keputusan yang dibuat oleh Kementerian Komunikasi sahaja," katanya.
Selain itu, Nie Ching berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang telah menerbitkan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 juga merupakan agensi dalam jawatankuasa Puspal.
"Ia bagi memastikan persembahan artis luar negara yang diluluskan adalah berpandukan kepada Teras 1 dan Teras 2 dalam DAKEN iaitu 'budaya nilai tinggi dan keharmonian masyarakat'," katanya.
Nie Ching juga memaklumkan semakan latar belakang artis luar negara dilaksanakan bagi setiap permohonan persembahan yang akan diadakan di tempat-tempat awam seperti acara konsert dan nyanyian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
Nie Ching berkata Jawatankuasa Puspal terdiri daripada 16 keanggotaan membabitkan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan termasuklah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). - Foto fail/BERNAMA
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Malaysia jadi negara contoh ‘best practice’ perkembangan digital, teknologi AI
Malaysia dijadikan salah satu negara contoh yang mempunyai best practice bagi memastikan aspirasi digital dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dapat dijayakan.
KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.
Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
Kutipan zakat Melaka meningkat 4.94 peratus kepada RM66.9 juta
Prestasi kutipan zakat di Melaka meliputi zakat harta dan zakat fitrah merekodkan peningkatan sebanyak 4.94 peratus kepada RM66.9 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 16 Mei tahun ini.
Artis luar negara: Garis panduan Puspal dalam peringkat akhir pindaan - Nie Ching
Garis Panduan Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) sedang dalam peringkat akhir pindaan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.